Kesihatan adalah hak asasi manusia. Selari dengan kehidupan norma baharu, COVID19 bukan sahaja memberi impak kepada kesihatan sejagat, malah turut membuka tirai jurang yang begitu besar antara masyarakat.
Apabila pandemik mula menular di seluruh dunia, kita lihat begitu banyak kelompongan termasuklah pendidikan, miskin kaya, perlindungan keselamatan sosial, hak pekerja, malah yang dirumah turut terancam dengan keganasan rumahtangga, kesihatan mental akibat daripada tekanan kehidupan. Begitulah penularan Covid19 yang tidak mengenal kelompok tertentu - bangsa, usia mahupun jantina, kesemuanya pasti akan sedikit sebanyak pastinya terkesan dengan norma baharu ini.
Kelompongan sudah jelas, kini masanya untuk kita mencari jalan penamat kepada krisis ini demi masa depan yang lebih selamat buat generasi seterusnya. Perkhidmatan kesihatan universal harus menjadi keutamaan yang adil dan berpatutan buat semua masyarakat, ini adalah sebahagian daripada hak asasi manusia.
Selamat Hari Liputan Kesihatan Sejagat 2020.